Thursday, April 30, 2009

Until next time..

Im going to do this in Bahasa Malaysia. It would sound nicer.

27/04/09 //

Bermula seperti pagi-pagi biasa ku, masih di buai mimpi, aku di kejutkan oleh ibuku yang membawa berita buruk "Jidi awak dah takde,cepat siap kita nak ke sana". baru semalam aku berjumpanya. sihat sahaja. aku menonton tv bersama nya, bergelak ketawa dan waktu kami hendak pulang kami cium tangannya dan dia membalas dengan mencium tangan kami semula. tetapi keesokkan hari nya dia pergi buat selama-lamanya. innalillah..

Beliau di lahirkan pada tahun 1919 (tarikh sebenarnya aku tak pasti). kira sekarang ni umur beliau dah pun mencecah 90 tahun. begitu lama perjalanan hidup beliau. macam-macam sudah beliau lalui mengikut daripada ceritanya kepada kami semua semasa kecil hinggalah dewasa. sentiasa tertawa mendengar cerita beliau.

Permegian beliau walaubagaimana pun telah mengeratkan hubungan kami sekeluarga. saudara-mara yang jarang aku temui malah ada yang tak pernah langsung aku tahu kewujudan mereka juga ada. kuasa tuhan semuanya. mungkin ada baiknya.

Pertama kali dalam hidup ku melihat bapaku, pak cik-pak cik ku menitis kan air mata. selelaki mereka pun tewas juga akhirnya. ini membuatkan ku terbayang jika aku di tempat mereka. kehilangan seorang bapa, apakah yang aku kan rasa. sedih memang sedih tapi yang pergi tetap pergi. kalau menangis segelen pun takkan kembalinya mereka.

Peristiwa ni juga membuatkan ku sedar betapa pentingnya seorang ayah kepada anak-anaknya. betapa bazirnya hidup aku jikalau tak diluangkan bersama ibu dan bapa ku.

Jadi aku rasa, hidup ni kena di teruskan jugak. biarkan mereka yang telah tiada di dalam ingatan kita selalu. Insyaallah suatu hari nanti kita semua akan bersatu semula di syurga. Insyaallah Jidi.. Al- Fatihah.






Awab bin Said (1919 - 2009) Al-Fatihah

My life, your life, his life, their life, it's so temporary.

No comments: